glitter-graphics.com



Semoga kita dapat berkongsi Ilham yang ALLAH kurniakan bersama.

Pages

Sunday, November 25, 2012

Kuatkan hati demi ALLAH

Bersabarlah wahai hati-hati yang sedang diuji
dengan pelbagai 'nikmat yang melalaikan'
Jangan pernah berpaling daripada ALLAH
walaupun kenikmatan yang di depan mata nampak manis..
Sesungguhnya ujian ALLAH bukan sahaja dalam bentuk kesusahan bahkan kesenangan itu juga satu bentuk ujian daripada ALLAH..
InsyaALLAH pasti ada nikmat yang lebih manis yang ALLAH janjikan atas keteguhan dan kesabaran kita
menahan diri daripada kemanisan yang sementara lagi melalaikan itu...




Saturday, November 24, 2012

Kelebihan surah- Jom amalkan bersama



۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.. 



۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.



۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.



۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq


.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.



۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


Memang mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis

Sabarlah wahai anak kecil..


Apa perasaan anda apabila melihat sekeping gambar ini?????


Sabarlah wahai anak kecil..
ALLAH ada bersama kita..

Memang mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis


Friday, November 23, 2012

Aku jatuh cinta dengan penulisan 'Si dia'

Pertama kali kami bertemu
Hati ini sudah jatuh cinta dengan penulisan 'si dia'
Entah mengapa, jiwa yang gersang 
seakan terpancar cahaya
jiwa yang gundah jadi tenang dan akhirnya timbul keinsafan 
saat membaca bait-bait indah yang dijelmakannya..
baris katanya tersusun rapi..maknanya cukup bermakna sekali..
Sesungguhnya aku jatuh cinta dengan penulisan 'Si dia'
Si dia itu adalah 


Terima kasih Ya ALLAH 
menunjukkan jalan untuk hambaMu ini kembali kepadaMU...

Benar... hidayah bukan untuk ditunggu tetapi perlu dicari...




Thursday, November 22, 2012

Meneroka sesuatu tentang lelaki



Adakah sahabat-sahabat perasan sesuatu tentang diri manusia bernama LELAKI?
Ada sesuatu yang menarik tentang mereka..

Rahsia mereka?
Mungkin ya mungkin tidak

Kebetualan mungkin?
Berangkali...

Fitrah mereka?
Tuhan sahaja yang tahu


Jika sahabat perasan...
Seseorang lelaki akan cenderung untuk berkahwin apabila sudah tiada teman-teman akrab lelakinya yang bujang..
dalam bahasa paling ringkas..semua sudah bergelar suami orang..

Perasan atau tidak..
Seseorang lelaki yang sebelum ini tidak ambil peduli soal berumah tangga..
tiba-tiba jadi tergerak untuk mendirikan rumah tangga...apabila teman-temannya sudah berumah tangga.
Kes ini selalu berlaku di kalangan mereka yang sudah ada kekasih tetapi belum terfikir untuk berkahwin atau kepada mereka yang tidak ada kekasih...

Tidak kekasih? Macam mana nak kahwin?
Apa susah.. telefon mak ayah di kampung, tolong carikan.. habis cerita...
janji kahwin.. :)

Tak percaya, cuba lihat lelaki-lelaki di persekitaran kita..
tak kiralah abang, adik, sepupu, bapa sedara, teman-teman
yang jiwanya tidak tergerak untuk berkahwin...
sama ada yang sudah ada kekasih atau belum
cuba perhatiankan tingkah mereka jika masih ada teman-teman yang bujang
dan selepas tiada teman-teman yang bujang..
Pasti sahabat tersenyum.. melihat kerenah manusia bernama lelaki ini...

p/s: Wanita bagaimana pula, menggelabah juga ker kalau semua kawan bujang dah jadi isteri orang ?
^_^