glitter-graphics.com



Semoga kita dapat berkongsi Ilham yang ALLAH kurniakan bersama.

Pages

Thursday, November 22, 2012

Meneroka sesuatu tentang lelaki



Adakah sahabat-sahabat perasan sesuatu tentang diri manusia bernama LELAKI?
Ada sesuatu yang menarik tentang mereka..

Rahsia mereka?
Mungkin ya mungkin tidak

Kebetualan mungkin?
Berangkali...

Fitrah mereka?
Tuhan sahaja yang tahu


Jika sahabat perasan...
Seseorang lelaki akan cenderung untuk berkahwin apabila sudah tiada teman-teman akrab lelakinya yang bujang..
dalam bahasa paling ringkas..semua sudah bergelar suami orang..

Perasan atau tidak..
Seseorang lelaki yang sebelum ini tidak ambil peduli soal berumah tangga..
tiba-tiba jadi tergerak untuk mendirikan rumah tangga...apabila teman-temannya sudah berumah tangga.
Kes ini selalu berlaku di kalangan mereka yang sudah ada kekasih tetapi belum terfikir untuk berkahwin atau kepada mereka yang tidak ada kekasih...

Tidak kekasih? Macam mana nak kahwin?
Apa susah.. telefon mak ayah di kampung, tolong carikan.. habis cerita...
janji kahwin.. :)

Tak percaya, cuba lihat lelaki-lelaki di persekitaran kita..
tak kiralah abang, adik, sepupu, bapa sedara, teman-teman
yang jiwanya tidak tergerak untuk berkahwin...
sama ada yang sudah ada kekasih atau belum
cuba perhatiankan tingkah mereka jika masih ada teman-teman yang bujang
dan selepas tiada teman-teman yang bujang..
Pasti sahabat tersenyum.. melihat kerenah manusia bernama lelaki ini...

p/s: Wanita bagaimana pula, menggelabah juga ker kalau semua kawan bujang dah jadi isteri orang ?
^_^

2 comments:

  1. its true.akak kawin dgn army.kat sini lumrah macam tu la.bila sorang kawin, geng2 bujaang yg lain pun pakat kawin jugak

    ReplyDelete