glitter-graphics.com



Semoga kita dapat berkongsi Ilham yang ALLAH kurniakan bersama.

Pages

Saturday, December 29, 2012

Rintihan Seorang Bernama Hamba

Diri ini rasa sangat cemburu melihat saudara-saudara seagama begitu tekun dan sabar melaksanakan amar mahruf nahi mungkar.... Mereka begitu istiqamah melaksanakannya tanpa berpaling tadah walaupun seinci... Tidak pernah alpa walaupun sekelumit.. Sedangkan diri masih merangkak-rangkak... Ya ALLAH lemahnya iman ini membendung hasutan iblis..Sedangkan hambaMu yang lain begitu gigih.. Bantulah aku Ya ALLAH..


Saturday, December 22, 2012

Jangan Kau tambah dosa kau dan dia melalui gambar


Assalammualaikum dan selamat pagi.. allhamdulliah dengan izin ALLAH kita masih mahu menumpang di bumi ini.. Semoga setiap waktu terisi dengan amalan yang dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak..
Sebelum mata tertutup rapat..ini kutitipkan sesuatu buat renungan kita bersama...Semoga kita dapat muhasabah diri...'

.Pernahkah kita terfikir, gambar yang kita letakkan di Facebook, di Blog, di Tweeter, di hp kita barangkali..atau yang kita serahkan pada pakwe/ makwe yang belum halal di sisi agama boleh mengundang dosa buat diri kita dan seterusnya mata yang melihat.... Memang benda ini nama seolah-oleh kecil, ringan tapi ingatlah sekecil zarah dosa kita, tetap akan dihitung.. 

Cuba banyakkan kita letak gambar kita yang tidak menepati syarak seperti, berpakaian tetapi seperti telanjang, "mesra' dengan orang bukan muhrim...kita biarkan gambar itu ditampal dalam tempoh 1 saat.. Ambil contoh 1 saat = 2 orang memandang.. jika dikira dosa untuk satu saat yg dipandang oleh 2 orang: sudah dua dosa kita kumpul secara tidak sengaja.. Itu baru dua saat.. Bagaimana yang membiarkannya berminit-minit,berjam-jam, berhari-hari bahkan bertahun-tahun... Itu baru dua orang memandang.. kalau 100, 1000.. atau lebih daripada itu.... Bagaimana? .Lebih kasihan, tak sempat delete atau remove, nyawa kita pergi dahulu..Tidak pasal-pasal dapat saham dosa free2 dalam kubur .

.Kalau ada saudara kita yang peka dan tahu passoward kita, mungkin tempohnya tidak lama aliran dosa itu tetapi berbalik pada janji ALLAH..dosa sebesar zarah pun akan dihitung....Oleh suka untuk saya ingatkan diri saya juga, berhati-hati dalam mempamerkan gambar.. Kita harus sensitif akan hal ini.. Jangan ambik ringan..

Ayuh periksa semula gambar-gambar yang berada dalam blog kita.. Adakah gambar profile picture kita boleh mengundang dosa? Adakah gambar2 lain yang turut diselitkan juga boleh mengundang dosa? Gambar sampingan yang di post dalam entri, adakah bernilai dosa? Check fb jugak...Jangan lihat pada yang kita post juga tapi lihat pada gambar yang ditagged atas nama kita.. Check semula dan remove segera kalau boleh mengundang dosa dan kemudian bertaubatlah.. Jika beri gambar pada pakwe atau makwe minta dia pulangkan semula (walaupun gambar kita menutup aurat) kerana antara ciri hamba ALLAH yang beriman adalah menjaga pandangan mata.. Takut gambar yang kita beri boleh menaikkan syahwat pasangan kita...Berdosa lagi.. sudahlah tidak kawal pandangan mata, nafsu naik...

Jadi mari sama2 kita jaga.. walaupun nampak kecil..tadi mudaratnya menakutkan..Ingatlah sebesar zarah pun dosa kita tetap mendapat balasan ALLAH selagi kita tidak bertaubat....Maafkan saya...saya takut dipersoal tanggungjawab amal makruf nahi mungkar di hadapan ALLAH, jadi saya tulis entri ini..Semoga entri ini menjadi saksi bahawa saya berusaha melaksanakan tugas itu..Maaf sekali lagi bagi yang terasa..

Friday, December 21, 2012

Di mana hati kita??

Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Aku memanjat kesyukuran atas nikmat yang diberikan..Aku berdoa semoga titipan yang tidak seberapa ini menjadi penyelamat aku di Padang Masyar kelak tentang tanggungjawab amal mahruf nahi mungkar yang dipertanggungjawabkan.. Dengan titipan ihsan ilham daripada ALLAH ini kupanjatkan doa moga aku tidak tergolong dalam kelompok riak, ujud, sumaah, dan sewaktu dengannya..Semoga ALLAH menyelamatkan hati dan imanku yang masih dalam proses belajar agar mencintai keikhlasan melalui bingkasan yang tidak seberapa ini.. Ya ALLAH permudahkan urusanku membetulkan hati dan imanku ini untuk lebih mencintaiMU..Begitu juga buat hambaMu yang lain..Terima kasih Ya ALLAH, atas gerak hati dan kekuatan yang engkau anugerahkan...Subhanallah, Alhamdulliah, Allahuakbar

Di sini kubawakan satu kisah buat renungan hati-hati yang bergelar hamba ALLAH iaitu termaksud diriku sendiri.. Semoga kisah ini membuka ruang minda kita untuk lebih berfikir tentang kenikmatan yang ALLAH berikan lantas mengalirkan rasa syukur dan penghambaan yang abadi kepada ALLAH..

Kisah tentang seorang lelaki..Kisahnya sangat memberi kesedaran kepada diriku bertapa kesihatan yang ALLAH anugerahkan tiada tolak bandingnya.. tiada emas pertama dapat menandingininya..tiada duit berkepul-kepul dapat membelinya.. Namun sedikit manusia bersyukur akan nikmat itu... Astaghfirullahaladzim.... Selalu aku turut sama lupa mengucup Alhamdulliah kepada pemberi nikmat kesihatan itu iaitu ALLAH..Astaghfirullahaladzim..ampunkan dosaku Ya ALLAH..

Kesihatan, manusia kadangkala melihat seperti tidak bernilai.. Bahkan seperti tidak menghargainya....Malahan tidak keterlaluan kukatakan manusia memandang nilai kesihatan itu bagai  tiada apa-apa... Sedangkan nikmatnya terlalu berharga.. 

Semoga kisah yang kubawakan ini membuka mata hati kita untuk menjadi insan yang bersyukur atas nikmat itu...Malahan besar harapan jika nikmat lain juga turut disyukuri..

Kisahnya... Dahulu, dia sihat. Langkahnya pantas, berkebun tiada kisah berjam-jam.. mengayuh basikal ke pekan tiada masalah.. Rentak dan langkahnya sangat pantas dan bertenaga.. Kadang-kala aku malu bila melihat dia lebih bertenaga daripada aku walhal umur kami jauh berbeza.... 

Lebih daripada itu aku kagum saat dia begitu menghargai ruang kesihatan yang ALLAH berikan.. Tidak pernah sesekali aku melihat dia lewat mendirikan solat.. Bahkan sebelum azan di sudah menunggu di tikar sembahyang.. Jika ada kudrat, dia gigih melilit serba di kepala semata-mata mahu bertemu ALLAH di masjid..Malahan sepekara yang aku cukup kagumi dan cemburu melihat dirinya yang duduk di atas kerusi dengan berpakaian kain pelikat, bersinglet putih dan berkopiah menanti waktu berbuka puasa.. Bila azan berkumandang, doa dipanjat, lantas kurma dicapai, air diteguk dan sedikit manisan seperti bubur jika ada dimakan sebelum bergegas menuju ke tikar sejadah.. Allahuakbar..bertapa cintanya dia pada ALLAH.. tidak mahu terlewat bertemu ALLAH sedangkan aku melantak di meja makan bagaikan tidak pernah melihat makanan.. Sungguh berbeza sekali.. Lebih aku kagumi, dia bukan solat dalam keadaan tergesa-gesa, malahan cukup dengan wirid dan doa..malahan bukan untuk sehari dua tetapi saban Ramadhan begitulah dirinya.. ALLAH hebat sungguh hambaMu itu...

Namun kini, dia tidak lagi seperti dahulu.. jalannya tidak selincah dahulu.. jalannya perlu dipimpin, kalau tidak bertongkat.. Tidak lagi segagah mahupun sekencang dahulu.. Lebih kusedih solatnya pun nampak agak 'sukar'...Sedih aku melihat.. Pilu hatiku.. Terbayang-bayang di ruang mataku keadaan dirinya yang dahulu.. Namun kini kerana keuzuran nikmat itu perlahan-lahan ditarik.. dahulu lincah berjalan, kemudian perlahan, perlahan..dan akhirnya perlukan sokongan untuk bergerak.. Aku amat sedih melihatnya.. Jika orang yang iman sebegini diuji sehebat ini apakah pula ujian untuk aku yang imannya senipis kulit bawang..?

Aku banyak termenung memikirkan 'pengajaran' ALLAH itu.. Kini baru kufahami makna kata-kata yang terungkap dalam bait-bait lagu nasyid nyanyian kumpulan Raihan...Ingat 5 perkara, sebelum datang 5 perkara.. 




Ya ALLAH jadikan hati-hati kami ini lembut dalam beringat dalam kenikmatan yang KAU anugerahkan itu agar hati kami tidak tergelincir daripada lantas takwa kepadaMU.. jadikan kami golongan yang beruntung di dunia dan juga di akhir, Ya ALLAH...



Tuesday, December 11, 2012

Mengapakah sukarnya istiqamah..Ya ALLAH

Hati ini merintih..
bertanya...
mengapakah sukarnya istiqamah...Ya ALLAH..
bila hati lembut, ingat ALLAH tapi bila saat beberapa ketika terasa jauh pada ALLAH..
Ya ALLAH..
sukarnya untuk istiqamah..
Saat tersedar daripada kekhilafan, baru kusedar aku sudah tidak istiqamah berjihad membenteng nafsu..
Ampunkan dosa aku Ya ALLAH..
tunjukkan aku cara istiqamah Ya ALLAH..
agar aku sentiasa dekat padaMU..
wahai nafsu, kenapa engkau kejam
sudah kuasuh jangan mengajak aku ke arah masiat
aku takut seksaan kubur...aku takut bahang neraka jahanam
mengapa kau yang menjadi raja dalam diriku??
Wahai iman...di mana kekentalan mu?
Kenapa mudah sangat goyah pada nafsu...Bukankah sudah kuajar syaitan itu durjana..penyesat yang zalim..
Baginya maksiat itu manis....sedangkan dia sembunyi engkau kedasyatan ular dan kala jengking yang menanti di dalam kubur..dia sembunyi pukulan malaikat di dalam kubur...dia kaburkan engkau perjumpaan di Masyar..dia lalaikan engkau dari nikmat syurga..
Ya ALLAH...ajarkan aku untuk istiqamah padaMu..
aku rindu untuk bertemu dengan Mu 
dalam kegembiraan...