glitter-graphics.com



Semoga kita dapat berkongsi Ilham yang ALLAH kurniakan bersama.

Pages

Friday, December 21, 2012

Di mana hati kita??

Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Aku memanjat kesyukuran atas nikmat yang diberikan..Aku berdoa semoga titipan yang tidak seberapa ini menjadi penyelamat aku di Padang Masyar kelak tentang tanggungjawab amal mahruf nahi mungkar yang dipertanggungjawabkan.. Dengan titipan ihsan ilham daripada ALLAH ini kupanjatkan doa moga aku tidak tergolong dalam kelompok riak, ujud, sumaah, dan sewaktu dengannya..Semoga ALLAH menyelamatkan hati dan imanku yang masih dalam proses belajar agar mencintai keikhlasan melalui bingkasan yang tidak seberapa ini.. Ya ALLAH permudahkan urusanku membetulkan hati dan imanku ini untuk lebih mencintaiMU..Begitu juga buat hambaMu yang lain..Terima kasih Ya ALLAH, atas gerak hati dan kekuatan yang engkau anugerahkan...Subhanallah, Alhamdulliah, Allahuakbar

Di sini kubawakan satu kisah buat renungan hati-hati yang bergelar hamba ALLAH iaitu termaksud diriku sendiri.. Semoga kisah ini membuka ruang minda kita untuk lebih berfikir tentang kenikmatan yang ALLAH berikan lantas mengalirkan rasa syukur dan penghambaan yang abadi kepada ALLAH..

Kisah tentang seorang lelaki..Kisahnya sangat memberi kesedaran kepada diriku bertapa kesihatan yang ALLAH anugerahkan tiada tolak bandingnya.. tiada emas pertama dapat menandingininya..tiada duit berkepul-kepul dapat membelinya.. Namun sedikit manusia bersyukur akan nikmat itu... Astaghfirullahaladzim.... Selalu aku turut sama lupa mengucup Alhamdulliah kepada pemberi nikmat kesihatan itu iaitu ALLAH..Astaghfirullahaladzim..ampunkan dosaku Ya ALLAH..

Kesihatan, manusia kadangkala melihat seperti tidak bernilai.. Bahkan seperti tidak menghargainya....Malahan tidak keterlaluan kukatakan manusia memandang nilai kesihatan itu bagai  tiada apa-apa... Sedangkan nikmatnya terlalu berharga.. 

Semoga kisah yang kubawakan ini membuka mata hati kita untuk menjadi insan yang bersyukur atas nikmat itu...Malahan besar harapan jika nikmat lain juga turut disyukuri..

Kisahnya... Dahulu, dia sihat. Langkahnya pantas, berkebun tiada kisah berjam-jam.. mengayuh basikal ke pekan tiada masalah.. Rentak dan langkahnya sangat pantas dan bertenaga.. Kadang-kala aku malu bila melihat dia lebih bertenaga daripada aku walhal umur kami jauh berbeza.... 

Lebih daripada itu aku kagum saat dia begitu menghargai ruang kesihatan yang ALLAH berikan.. Tidak pernah sesekali aku melihat dia lewat mendirikan solat.. Bahkan sebelum azan di sudah menunggu di tikar sembahyang.. Jika ada kudrat, dia gigih melilit serba di kepala semata-mata mahu bertemu ALLAH di masjid..Malahan sepekara yang aku cukup kagumi dan cemburu melihat dirinya yang duduk di atas kerusi dengan berpakaian kain pelikat, bersinglet putih dan berkopiah menanti waktu berbuka puasa.. Bila azan berkumandang, doa dipanjat, lantas kurma dicapai, air diteguk dan sedikit manisan seperti bubur jika ada dimakan sebelum bergegas menuju ke tikar sejadah.. Allahuakbar..bertapa cintanya dia pada ALLAH.. tidak mahu terlewat bertemu ALLAH sedangkan aku melantak di meja makan bagaikan tidak pernah melihat makanan.. Sungguh berbeza sekali.. Lebih aku kagumi, dia bukan solat dalam keadaan tergesa-gesa, malahan cukup dengan wirid dan doa..malahan bukan untuk sehari dua tetapi saban Ramadhan begitulah dirinya.. ALLAH hebat sungguh hambaMu itu...

Namun kini, dia tidak lagi seperti dahulu.. jalannya tidak selincah dahulu.. jalannya perlu dipimpin, kalau tidak bertongkat.. Tidak lagi segagah mahupun sekencang dahulu.. Lebih kusedih solatnya pun nampak agak 'sukar'...Sedih aku melihat.. Pilu hatiku.. Terbayang-bayang di ruang mataku keadaan dirinya yang dahulu.. Namun kini kerana keuzuran nikmat itu perlahan-lahan ditarik.. dahulu lincah berjalan, kemudian perlahan, perlahan..dan akhirnya perlukan sokongan untuk bergerak.. Aku amat sedih melihatnya.. Jika orang yang iman sebegini diuji sehebat ini apakah pula ujian untuk aku yang imannya senipis kulit bawang..?

Aku banyak termenung memikirkan 'pengajaran' ALLAH itu.. Kini baru kufahami makna kata-kata yang terungkap dalam bait-bait lagu nasyid nyanyian kumpulan Raihan...Ingat 5 perkara, sebelum datang 5 perkara.. 




Ya ALLAH jadikan hati-hati kami ini lembut dalam beringat dalam kenikmatan yang KAU anugerahkan itu agar hati kami tidak tergelincir daripada lantas takwa kepadaMU.. jadikan kami golongan yang beruntung di dunia dan juga di akhir, Ya ALLAH...



No comments:

Post a Comment