glitter-graphics.com



Semoga kita dapat berkongsi Ilham yang ALLAH kurniakan bersama.

Pages

Sunday, November 10, 2013

Mengapa lambatnya jodoh???

Sukar untuk membohongi diri, bahawa tiada rasa setiap kali menatap kad undangan perkahwinan teman... dan sukar untuk menidakkan rasa beruntungnya teman2 saat melihat mereka tersenyum bahagia di majlis perkahwinan..Malahan, ada rasa melihat teman2 mengupdate status berita gembira dengan kelahiran cahaya mata pengikat cinta suami isteri..Pernah bertanya pada diri, bilakah saat tiba giliran ini untuk melalui fasa itu??

Pasti pernah terlintas di benak mahupun di fikiran kita, apakah kita tidak layak untuk melalui episod kehidupan itu.. punya suami dan anak2 pelengkap kebahagian hidup...Dapat berkongsi kegembiran dan kesedihan...

Ya ALLAH bilakah saat itu akan tiba dalam kamus hidup ini??? Pasti kita sering berulang tanya dengan ALLAH tentang tarikh takdir itu..

Wahai hati2 yang sedang merintih tentang episod kehidupan yang belum kunjung tiba itu... tenang dan damailah seketika..Ayuh kita muhasabahkan diri kita seketika...

Percayalah pada takdir ALLAH.. positiflah pada setiap aturannya....ALLAH tidak akan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Semuanya itu pasti berisi penuh hikmah..Bersangka baiklah setiap aturan ALLAH dalam kehidupan kita...Ayuh jernihkan hati kita bersama...

Boleh jadi, episod itu belum tiba kerana ALLAH ingin kita penuhkan ruang masa terluang kita bersama keluarga kita terutamanya ibubapa kita.....Mungkin inilah masa terbaik kita berhempas pulas membahagiakan mereka, memberi seoptimum mungkin segala kasih sayang dan perhatian terhadap mereka tanpa ada pecahan perasaan... 

Mungkin ALLAH tahu, perkahwinan boleh membuatkan kita akan sibuk dalam membina keluarga baru lantas ALLAH beri ruang single ini untuk kita laksanakan sebaik mungkin peranan sebagai seorang anak terhadap kedua-dua orang tua itu. Namun itu tidak bermakna, perkahwinan menutup pintu perhubungan anak dan kedua ibubapanya tetapi mungkin dengan perkahwinan yang penuh kejutan dan misteri itu boleh membuatkan ada sedikit perbezaan dek perubahan peranan dan tanggungjawab..Oleh itu, anggaplah kehiduapan single ini, ada hadiah istimewa ALLAH tawarkan untuk kita berkhidmat penuh dedikasi dan komited terhadap keluarga kita terutamanya ibubapa kita...

Ayuh teruslah positif diri kita, mungkin kehidupan single ini membuka ruang seluasnya untuk kita membetulkan diri dengan memperbanyakkan aktiviti ibadah... Ruang yang kita kata sepi dan sunyi itu sebenarnya adalah  ruang yang ALLAH kosongkan untuk kita bermuhajadah andai kita sedar akan peranannya..

 Namun ramai terpedaya dan menganggap ruang sunyi itu itulah bahana kehidupan single.. Astaghfirullahalazim..Mengapa terlalu sempit fahaman yang kita biarkan bermaharajalela dalam diri kita.. Ayuh sentel pemikiran itu dengan kembali bermuhajadah... ALLAH beri ruang kita memperbetulkan yang mana kurang supaya apabila tiba saat kita memasuki fasa rumahtangga, diri kita sudah cukup ilmu dan amalan sebagai bekalan mengemudi bahtera rumahtangga kita...Kita boleh ke masjid mahupun ke surau.. Boleh berpuasa sunat..boleh bangun bertahjud..boleh menghadiri majlis ilmu..Bukankah kita beruntung sebenarnya...Bukankah itu sebaik2nya....

Maka.. hentikan keluhan mahupun rintihan.. Sebaliknya terus positifkan diri kita..ALLAH tidak pernah silap mengatur perjalanan hidup kita.. Sandarkan urusan jodoh kita pada ALLAH, pasti kehidupan yang kita lalui sangat membahagiakan..

Monday, November 4, 2013

Aku hanya bergantung padaMU...

Sesungguhnya hidup ini terasa kosong tanpa pergantungan pada MU, YA ALLAH.. 
Diri ini terasa lemah dan longlai saat jauh daripada MU, YA ALLAH...
Jangan KAU hilangkan aku daripada perlindungan MU, YA ALLAH...
Aku perlukan MU, YA ALLAH..
untuk segenap ruang, masa dan keadaan...
tanpa MU, YA ALLAH
aku takut aku rebah...
dengan pujuk rayu iblis..
gundah dalam setiap bencana
keliru dalam setiap keputusan..
pilihlah aku untuk terus kekal dalam perlindungan MU, YA ALLAH...
Hanya pada MU, YA ALLAH
aku bergantung setiap inci urusan hidup dan matiku..
dunia dan akhiratku..

Wednesday, October 30, 2013

Yakinlah setiap kesulitan pasti ada kemudahan


Pernah rasa sedih.. sengsara..derita dan sewaktunya??? Siapalh kita untuk memilih berada dalam seronok sntiasa.... Hidup umpama pusingan roda.. Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah..Lantas ada masa kita diuji gembira..ada ada masa ujian berbentuk kedukaan datang menimpa...Aduh nyata kita insan kerdil sahaja..Namun percayalah dan yakinlah pada ALLAH..
Dia mengutuskan derita bukan saja-saja...
Namun kita sahaja sering menganggap derita itu musibah kosong yang mengesakkan kahidupan kita..
Lantas kita mengeluh, merintih dan meratap menyalahi takdir..
Pujuklah diri dengan beristighfar ...Sebutlah Astaghfirullah berulang kali..
insyaALLAH.. setiap kesulitan itu pasti ada kemudahan..
ALLAH sedang menghulurkan 'hadiah' untuk kita...gapainya dengan penuh kehambaan... InsyaALLAH kita lebih dekat dengan ALLAH kerana kita sedar kita milik ALLAH..

Tuesday, October 29, 2013

Syukurlah diri..

Wahai diri.. jika kau hitung nikmat ALLAH pada dirimu... pasti kau tidak terdaya hitung nilainya... di saat insan lain terbaring lemah, kau mampu berjalan malah berlari meskipun tidak sepantas pelari pecut.. Tapi itu sudah cukup untuk buat dirimu berdikari tanpa bantuan manusia sekeliling..ALLAHUAKBAR..Bersyukurlah..

Mengapa perlu menyibukkan diri dengan perasaan iri hati pada nikmati ALLAH pada makhluknya yang lain? Sedangkan kau sepatutnya menyibukkan dirimu dengan ucapan alhamdulliah atas nikmat yang tidak terhitung...

Wahai diri...Tidakkah kau tahu ALLAH hadiahkan satu kekurangan tetapi ALLAH gantikan dengan banyak kenikmatan... 

Kau persoalkan kenapa masih belum berkahwin sedangkan sahabat2 lain yang sebaya denganmu sudah menuju ke zaman itu malahan sudah memiliki anak...

Namun sedarkah kau satu kekurangan itu ALLAH ganti dengan banyak kenikmatan..

boleh jadi, ALLAH lewatkan tarikh perkahwinan mu kerana 

1) Kau perlu berjasa terlebih dahulu pada keluargamu terutamanya mak abah.. Fokus kau lebih senang..tidak bercabang terlalu kompleks.. dari situ latihan mudah ALLAH berikan dalam mendidik diri mencintai ahli keluarga sebelum datangnya ahli keluarga lain bernama mertua..

2) Kau masih baru dalam kerjaya.. hidupmu pun masih belum stabil antara masa diri dan kerjaya.. Lantas bagaimana mahu menguruskan rumah tangga kalau dua perkara itu belum seimbang???

3) ALLAH ingin kau fokuskan pada pendidikan anak murid mu..dari situ kau belajar membajai dirimu dalam pendidikan anak2 agar pengalaman ini membantu kau dalam mendidik anak-anak kau satu masa nanti.. 

4) ALLAH beri masa untuk kau mempelajari dan mendalami lagi ilmu agama kerana ilmu agama itulah tunjang utama mengemudi diri..Jika sudah kahwin tapi ilmu agama gersang, bolehkah rumah tangga berteraskan ISLAM dapat dibina..takkan mahu harapkan suami.. Sepatutnya, perlu bekerjasama dengan suami..bukan mengharapkan suami seratus peratus..

5) ALLAH ingin mengasah skil sosial dan komunikasi mu wahai diri.. Berkahwin bukan bermakna kau berkahwin dengan diri suami mu sahaja.. tetapi jugak seluruh ahli keluarganya...Untuk berhadapan keluarga baru itu, skil ini penting.. lantas ALLAH beri masa untukmu belajar dang mengasah skil itu.. ALLAHUKBAR....

bersyukurlah wahai diri...

Ya ALLAH terus kuatkan imanku pada MU..


Usah mengeluh wahai diri...

Ujian berbentuk musibah itu sakit.. malah boleh dikatakan perit...tapi ketahuilah wahai diri itulah 'laluan' indah yang ALLAH sediakan untuk dirimu kembali menghadapNYA dengan setulus hati.. Bersyukurlah wahai hati.. di saat orang lain dilalaikan dengan nikmat... ALLAH pilih dirimu untuk 'u turn' kembali ke jalan kebenaran dengan hidangan musibah...Usaha mengeluh... Sebaliknya lafazkan syukur kerana dipilih untuk kembali menjadi hamba ALLAH yang sejati melalui utusan musibah.....boleh jadi, kebahagian yang kau inginkan sebenarnya akan menjauhi kau dari ALLAH... Hentikan keluhan atas musibah menimpa.. Sebaliknya lafazkan syukur dan beristighfarlah wahai diri... Sesungguhnya diri mu milik ALLAH...

Ya ALLAH, jadikan tulisanku ini dapat mendidik imanku yang lemah ini menjadi kuat 

Tuesday, February 12, 2013

Hebat sungguh..

Satu ketika dahulu diuji dengan sesuatu yang menyebabkan dia hampir kehilangan..tetapi hari ini dia diuji lagi dengan sebuah kehilangan....Dasyat sungguh ujian ALLAH padanya..Namun dia tetap tenang dan bersangka yang baik pada ALLAH.. kata-katanya melakarkan jiwa kehambaan yang kefakiran
tiada sesuatu di dunia ini milik kita melainkan pinjaman semata-mata..

Dia pernah diuji kesenangan, tapi dia tidak tewas..jiwa tersemai benih kesyukuran
Kali ini ujiannya berbentuk kesedihan, sekali lagi dia tidak tewas.. kali jiwanya sarat keredhaan...
Subhanallah, hebatnya iman hamba ALLAH ini...
disaat diuji kenikmatan, dia bersyukur
tatkala diuji kesedihan, dia redha..

Di manakah dia mengaut keimanan sehebat ini..
Aku jadi cemburu dengannya.. Kalau aku ditempatnya, belum tentu aku sehebatnya...

Masih kuingat kata-kata
Jika ALLAH uji kita dalam kita lemah iman, tanda ALLAH sayang kita...
Mahu kita mendekatinya.
Jika ALLAH uji kita dalam kuatnya iman kita, tanda ALLAH ingat mengangkat darjat kita..
Subhanallah..

Semoga hamba ALLAH ini terus bertahan dengan iman yang high class ini..
Mungkin ada yang indah ALLAH simpan untuknya
Kalau bukan di dunia, insyaALLAH di akhirat kelak..

p/s: Ya ALLAH jadikan aku hambaMu yang dapat mencontohi iman hambaMu itu