glitter-graphics.com



Semoga kita dapat berkongsi Ilham yang ALLAH kurniakan bersama.

Pages

Sunday, November 10, 2013

Mengapa lambatnya jodoh???

Sukar untuk membohongi diri, bahawa tiada rasa setiap kali menatap kad undangan perkahwinan teman... dan sukar untuk menidakkan rasa beruntungnya teman2 saat melihat mereka tersenyum bahagia di majlis perkahwinan..Malahan, ada rasa melihat teman2 mengupdate status berita gembira dengan kelahiran cahaya mata pengikat cinta suami isteri..Pernah bertanya pada diri, bilakah saat tiba giliran ini untuk melalui fasa itu??

Pasti pernah terlintas di benak mahupun di fikiran kita, apakah kita tidak layak untuk melalui episod kehidupan itu.. punya suami dan anak2 pelengkap kebahagian hidup...Dapat berkongsi kegembiran dan kesedihan...

Ya ALLAH bilakah saat itu akan tiba dalam kamus hidup ini??? Pasti kita sering berulang tanya dengan ALLAH tentang tarikh takdir itu..

Wahai hati2 yang sedang merintih tentang episod kehidupan yang belum kunjung tiba itu... tenang dan damailah seketika..Ayuh kita muhasabahkan diri kita seketika...

Percayalah pada takdir ALLAH.. positiflah pada setiap aturannya....ALLAH tidak akan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Semuanya itu pasti berisi penuh hikmah..Bersangka baiklah setiap aturan ALLAH dalam kehidupan kita...Ayuh jernihkan hati kita bersama...

Boleh jadi, episod itu belum tiba kerana ALLAH ingin kita penuhkan ruang masa terluang kita bersama keluarga kita terutamanya ibubapa kita.....Mungkin inilah masa terbaik kita berhempas pulas membahagiakan mereka, memberi seoptimum mungkin segala kasih sayang dan perhatian terhadap mereka tanpa ada pecahan perasaan... 

Mungkin ALLAH tahu, perkahwinan boleh membuatkan kita akan sibuk dalam membina keluarga baru lantas ALLAH beri ruang single ini untuk kita laksanakan sebaik mungkin peranan sebagai seorang anak terhadap kedua-dua orang tua itu. Namun itu tidak bermakna, perkahwinan menutup pintu perhubungan anak dan kedua ibubapanya tetapi mungkin dengan perkahwinan yang penuh kejutan dan misteri itu boleh membuatkan ada sedikit perbezaan dek perubahan peranan dan tanggungjawab..Oleh itu, anggaplah kehiduapan single ini, ada hadiah istimewa ALLAH tawarkan untuk kita berkhidmat penuh dedikasi dan komited terhadap keluarga kita terutamanya ibubapa kita...

Ayuh teruslah positif diri kita, mungkin kehidupan single ini membuka ruang seluasnya untuk kita membetulkan diri dengan memperbanyakkan aktiviti ibadah... Ruang yang kita kata sepi dan sunyi itu sebenarnya adalah  ruang yang ALLAH kosongkan untuk kita bermuhajadah andai kita sedar akan peranannya..

 Namun ramai terpedaya dan menganggap ruang sunyi itu itulah bahana kehidupan single.. Astaghfirullahalazim..Mengapa terlalu sempit fahaman yang kita biarkan bermaharajalela dalam diri kita.. Ayuh sentel pemikiran itu dengan kembali bermuhajadah... ALLAH beri ruang kita memperbetulkan yang mana kurang supaya apabila tiba saat kita memasuki fasa rumahtangga, diri kita sudah cukup ilmu dan amalan sebagai bekalan mengemudi bahtera rumahtangga kita...Kita boleh ke masjid mahupun ke surau.. Boleh berpuasa sunat..boleh bangun bertahjud..boleh menghadiri majlis ilmu..Bukankah kita beruntung sebenarnya...Bukankah itu sebaik2nya....

Maka.. hentikan keluhan mahupun rintihan.. Sebaliknya terus positifkan diri kita..ALLAH tidak pernah silap mengatur perjalanan hidup kita.. Sandarkan urusan jodoh kita pada ALLAH, pasti kehidupan yang kita lalui sangat membahagiakan..

No comments:

Post a Comment