glitter-graphics.com



Semoga kita dapat berkongsi Ilham yang ALLAH kurniakan bersama.

Pages

Monday, December 29, 2014

Didik hati


Pernahkah kita lalui situasi kita meminta untuk mendapat A tetapi yang dapat sebaliknya...Mungkin B, Boleh jadi C.. atau lebih teruk daripada itu... dan pasti kita sedih dan kecewa kan bilamana yang kita harapkan, tidak kita perolehi.. 

Ayuh, mulai hari ini... mari kita bersih semula hati kita ini.. Cuci dan sentel dengan bersungguh-sungguh dengan rasa insaf dan bersyukur pada setiap nikmat dan musibah yang kita peroleh dan bakal kita peroleh..

Kembali pada hakikat kehidupan.. Hidup ini satu ujian... Menguji siapa di antara kita yang beriman.. Rukun iman ada 6 ..salah satunya percaya pada qada dan qadar... Bila mana kita diuji selepas ini dengan musibah terutamnya... ayuh didik dan ingatkan hati bahawa siapa kita untuk menentukan semua yang baik-baik milik kita... atau dalam kata lain...yang kita hendak, wajib kita miliki..siapa kita?? Apa kuasa kita untuk menentukan semua itu..

Bingkas, bangun hati kita yang 'sedih' dan 'kecewa' itu dengan mengingat ALLAH... Ingat ALLAH.. ingat ALLAH.... Dia tidak memberi apa yang kita pinta, bukan kerana Dia tidak sayang kita tetapi kerana Dia tahu yang terbaik untuk kita.. boleh jadi yang kita hendak itu, memudaratkan kita... Maka, ayuh bersangka baik pada ALLAH... berlapang dada pada setiap takdirNYA.. 

Ingatlah.. kemampuan kita letak pada usaha dan doa.. Itupun dengan izinNYA.. sebaliknya, yang menentukan sebaik-baik kejadian adalah ALLAH.. maka, berlapang dadalah....

Ambil sesuatu itu sebagai sesi pembelajaran yang ALLAH sediakan untuk kita.. boleh jadi kejadian yang menimpa kita, ALLAH nak didik hati kita untuk jadi kuat, tabah dan ikhlas ...Kita minta ALLAH jadikan kita kuat, tabah dan ikhlas dalam doa...mungkin ini jalannya ALLAH makbulkan doa kita dengan menyediakan keadaan supaya kita memperoleh apa yang kita doakan itu melalui keadaan yang tersedia.. 

Kita minta ALLAH ikhlaskan hati kita dalam ibadah tapi bila kita buat kerja, tak ada yang nak puji.. sebaliknya, mungkin dikeji.. di sini..ALLAH nak kita belajar erti ikhlas yang sebenarnya iaitu ikhlaskan hati berkerja tanpa mengharapkan penghargaan manusia.. Bukankah indah sebenarnya pembelajaran yang ALLAH sediakan??? Maka berlapang dadalah...

Sebelum memulakan sesuatu.. Bersihkan hati.. zikir dan doa pada ALLAH sungguh-sungguh agar hati kita ini ikhlas melakukan sesuatu kerana ALLAH.. insyaALLAH, kita takkan rasa kecewa pada setiap kebaikan yang kita kerjakan...



Tuesday, December 16, 2014

Bersungguhlah dalam mencari hidayah ALLAH

Pernahkah satu ketika terdetik di hati kita untuk menjadi baik? Namun hati ini rasa tak kuat untuk berubah... atau mungkin terasa kekurangan 'kemanisan iman' untuk melakukannya... atau rasa suam-suam kuku untuk berubah ke arah lebih baik..Pernah tak rasa begitu???

Jika benar, bersyukurlah walaupun hati belum ikhlas sepenuhnya.. Bukan semua orang dapat merasainya.. Jangan khuatiri dengan kesediaan diri yang  ditiup lalang, Tak semua manusia itu sempurna..Yang penting bersungguh-sungguhlah selepas itu... insyaALLAH perlahan-lahan kita akan rasa manisnya iman.. nikmatnya bila cinta kita berpaut utuh pada cinta ALLAH..

Soalannya.. sampai bila?? Berapa lama waktu itu akan tiba??? Jawapannya.. ukuran waktu bukan kepentingan dalam mentarbiah hati kita yang liar..Serahkan pada ALLAH kerana DIA pemegang hati kita..Yang penting letakkan kesungguhan kita dalam usaha mencari manisnya iman..

Bagaimana untuk bersungguh? 

a) Jagalah solat kita dengan bersungguh-sungguh...

-Cuba rasai nikmat solat seolah-olah kita sedang bercakap pada ALLAH.. Sebenarnya banyak bacaan-bacaan dalam solat yang kalau kita hayati... banyak kita merintih dan memohon kepada ALLAH disamping kita memujiNYA... maka, ayuh... cuba letak target.. hari ini, satu ayat, kita hafal maksudnya.. contoh: surah al-fatihah. hari keesokkan.. cuba tambah, hafalan lain pula...
asas penting yang selalu terlepas pandang, persediaan kita mengadap ALLAH.. baiki mulai hari ini.. kita kena biarkan persediaan kita first class.. wuduk, pakaian kita.. kebersihan tubuh badan kita.. (kita bersungguh 'make up' depan manusia padahal depan ALLAH, pemilik hati manusia??? .. kenapa selalu terbiar tak terurus??? )

b) Berdoalah dengan hati yang bersungguh-sungguh..

- Saya sudah berdoa tapi kenapa tak makbul? Pernah rasa?? Ayuh, tanya diri kita.. bersungguh ker kita berdoa di hadapan ALLAH atau sekadar melepaskan batuk di tangga.. Angkat tangan dan amin tapi jiwa kosong.. seolah-olah seperti adat pula doa selepas solat.. Padahal, kita tidak sedar, bertapa mustajabnya doa kita di waktu itu jika kita letak hati kita dalam doa kita..Maka, mari kita baiki doa kita.. minta dengan bersungguh-sungguh..rasai setiap inci kata yang kita lafaz di hadapan ALLAH..insyaALLAH, tanpa kita sedar... kita rasa kita ini dekat denganNYA...

Ayuh... perbetulkan yang mana kita terlepas pandang.. sedarilah, kekadang hidayah itu kita perlu cari..bukan menunggu sahaja kerana maut itu boleh jadi bila-bila masa.. Jangan berlengah untuk bermuhajadah...yang penting letak kesungguhan dalam usaha kita mentarbiah hati kita.

p/s: jom...witir dulu sebelum tido.. 


Sunday, August 17, 2014

Mengapa sukar untuk istiqamah

Berkali-kali hidup ini terasa sangat 'terpesong'... Berkali-kali juga diri ini cuba untuk 'memperbaikinya' tetapi anehnya sekejap sahaja.. tersadung kembali ... bila tersandung, hati bangkit untuk bermuhajadah..kuat menggali kekuatan keimanan... cuba perbaiki yang rongak.. yang mana kusut.. Namun bila keadaan kembali pulih, diri bagai berjalan di atas jalan yang licin... kembali tergelincir saat merasakan laluan kehidupan sudah 'cantik berkilat'.. rupanya tertipu oleh lantai yang berkilat tapi sebenarnya penuh cabaran jika tidak berhati-hati berjalan di atasnya...

Hati kembali merintih.. menyesali 'kesilapan' diri.. menyesali kealpaan diri...Kembali bangkit untuk bermuhajadah kembali... Namun hati digayut resah.. Berapa lamakah iman ini boleh bertahan?? Ada 'due date' atau tempohnya 'infinity'.. Ya ALLAH.. sungguh sulit muhajadah yang satu ini.. Bertarung dengan nafsu yang tiada siapa mampu merasainya melainkan empunya diri... Mampukah untuk aku bertahan untuk kali ini??? Adakah KAU mengangkat Taubat dan Istiqamahku ini???? Sungguh aku mengharapkan redha dan pertolonganMu untuk muhajadah yang entah ke berapa kali ini...

Sunday 17/8/2014: 6.57 p.m


Tuesday, June 10, 2014

Cerita Kasih Sayang ALLAH

Aku diterima lantikan sebagai pengawas peperiksaan.. Tibalah hari yang dinantikan iaitu minggu ini, amanah dan tanggungjawab perlu kulaksanakan seperti tercatat dalam surat lantikan.. Namun ada gusar yang bertandang.. surat lantikanku, hilang entah ke mana.. jenuh kucari... di tempat kerja..di rumah.. di dalam kereta... semuanya tiada.. Aku resah .. Lebih resah bila hari pertama taklimat, aku dimaklumkan surat itu penting untuk 'bayaran' gaji dan claim perjalanan... bingung aku memikirkannya..di mana perginya surat tersebut.. Lewat sebelum cuti sekolah, aku sangat kelam kabut..tidak tentu arah.. apa sahaja yang datang padaku, kusumbat sahaja tanpa sempat mahu memikirkan 'key word' bila nak carinya semula.. akibatnya aku kehilangan surat lantikan itu.. Kacau fikiranku.. Resah usah dikata.. Aku bermunajat pada ALLAH.. merintih tanpa henti dalam hati.. minta pertolongan ketemukan aku dengan surat itu..Aku lanjutan dalam solatku untuk permintaan itu.. Aku terus beriktihar dan pada masa sama terus mencari..

SubhanaALLAH.. kuasa ALLAH siapa sangka.. tempat yang telah kugeledah acapkali tapi tidak jumpa.. anehnya, hari AHAD..surat itu muncul ..Sungguh, tidak tergambar sebaknya jiwaku saat itu.. Aku merintih pohon pada ALLAH bantu aku waktu aku mencarinya dan sekelip mata ALLAH kabulkannya.. hebatNYA kuasanya... Memang terlalu sebak aku ketika itu mengenangkan aku yang banyak dosa.. diangkat dan dimakbulkan doa..kasih dan sayangNYA ALLAH ...ALLAHUKBAR!!

Kemudian.. kutitipkan kisah seterusnya.. kisah surat lantikan belum habis disitu.. Aku perlu membuat 2 salinan photostat dan perlu disahkan..Malangnya aku hanya sempat photostat.. Dalam hati aku memohon belas ihsan daripada ALLAH.. Ya ALLAH, aku ada amanah untuk sampai 9.30.. apakah hikmah di sebalik dugaanMU ini..Aku terus memandu ke rumah.. Hajat ke sekolah terbantut memikirkan masa aku bersiap dan perlu ke tempat tugas lagi..
Sepanjang perjalanan pulang dan kemudian perlu ke tempat kerja.. aku terus berdoa yang termampu..
dan AJAIBnya..di tempat tugas itu, ALLAH buat hatiku sekali lagi sebak.. seorang rakan sekerja yang sama tempat bertugas memaklumkan pada aku bahawa tiada sesiapa di sekolah untuk sahkan..ALLAHUKBAR.. maksudnya ALLAH menghantar berita gembira pada aku bahawa aku tak perlu risau soal pengesahan kerana memang tiada sesiapapun sebenarnya di sekolah untuk sahkan. Subhanallah.. ALLAH selamatkan maruah aku ...dan sekali lagi ALLAH bantu aku apabila ketua aku memaklumkan pengesahan boleh dilakukan di tempat aku ditugaskan sebagai pengawas... ALHAMDULLIAH.. urusan aku dipermudahkan hari itu juga.. HEBATNYA ALLAH bantu aku selesaikan masalah..

kulanjutkan pula kisahku di sebelah petang.. Waktu zuhur masuk sekitar 1.20 di kawasanku.. sedangkan perlu berada di tempat tugas pada 1.30 iaitu 30 minit awal dari jadual peperiksaan.. Aku dalam hati mula berdebar.. Tengok jarum jam di kereta.. Sah dah lambat.. nak pukul 1.40.. Dup dup.. ALLAH, aku solat.. kucuba pujuk hatiku tenang sambil memandu sambil merintih pohon pertolongan ALLAH ..Subannallah.. ALLAH bantu lagi.. Bila aku sampai.. memang agak lewat tapi rupanya seorang lagi pengawas iaitu pembantu ketua yang bukan beragama islam juga baru tiba.. Fuh Alhamdulliah.. lega sikit...ALLAH tolong lagi untuk tenangkan hatiku bahawa adalagi yang lewat.. Paling penting aku ada alasan solat.. 

Cerita ini buat aku berfikir.. mungkin ALLAH sedang memakbulkan doaku..
iaitu meletakkan kebergantungan hidup pada ALLAH..

Alhamdulliah.. sayangnya ALLAH ...